February 27, 2014

Usahawan Peserta KJUO September 2013



























Karnival Jualan Usahawan Online September 2013



KJUO September 2013 merupakan projek pertama yang dianjurkan oleh KN Event. Karnival ini telah berlangsung pada 27, 28 dan 29 September 2013. Untuk projek sulung ini Angsana Ipoh Mall telah menjadi lokasi pilihan KN Event.




KJUO September 2013 menampilkan 22 usahawan peserta yang berniaga secara online dengan pelbagai tawaran produk dan perkhidmatan yang menarik pada harga yang istimewa.



Syukur Alhamdulillah...KJUO September 2013 telah berlangsung dengan jayanya. Objektif penganjurannya tercapai. Memandangkan ini merupakan 'First Baby' KN Event, segala kekurangan KN Event memohon maaf. Banyak yang perlu dipelajari dan akan diperbaiki serta membuat penambahbaikan untuk event yang akan datang.




Ummi Diera
CEO KN Event
"Saling Berkongsi Manfaat"