March 18, 2014

Penghargaan Kepada Pengunjung KJUO




Sebagai penghargaan kepada pengunjung KJUO dan pelanggan Usahawan Peserta, KN Event telah menganjurkan pertandingan Teka & Menang - Teka Bilagan Biskut Sarang Semut Bersepah serta Cabutan Bertuah ketika berlangsungnya KJUO September 2013.

 
Pada KJUO Disember 2013, KN Event masih lagi kekal menganjurkan pertandingan Teka & Menang - Teka Berat Pokok Kurma serta Cabutan Bertuah. Tetapi kali ini KN Event menambah lagi satu kemeriahan iaitu Cabutan Bertuah Sand Art - Warna & Menang.

Biskut Sarang Semut Bersepah dan Pokok Kurma antara yang dibawa pulang oleh pemenang.


















Usahawan Peserta Beraksi....

 
 


 





















 
 
 

 
 

5 Soalan Bersama...?



KN Event menerbitkan program bual bicara SECARA LANGSUNG di konti DJ pada setiap kali penganjuran KARNIVAL JUALAN USAHAWAN ONLINE yang dijenamakan sebagai “5 Soalan Bersama…”. Program ini melibatkan sesi soal jawab berdasarkan 5 soalan yang diutarakan oleh Abang DJ kita, Khairul Wo eksklusif secara langsung diperdengarkan secara maksimum kepada pengunjung KARNIVAL JUALAN USAHAWAN ONLINE.
 

 

Cetusan idea program ini adalah untuk kemanfaatan Usahawan Peserta semata-mata. Program ini bukannya wajib untuk disertai oleh Usahawan Peserta. Ianya adalah pilihan samada mahu terlibat atau sebaliknya. Sekiranya memilih untuk memberi kerjasama turut serta, inilah antara manfaat yang diperolehi oleh Usahawan Peserta semasa dan selepas KARNIVAL JUALAN USAHAWAN ONLINE berlangsung :

1. Peluang secara PERCUMA memperkenalkan sendiri perniagaan anda kepada pengunjung.

2. Peluang secara PERCUMA menjadi ‘senjata’ promosi kempen pemasaran yang dijalankan anda kepada pengunjung.

3. Peluang secara PERCUMA mencuba (bagi yang kali pertama) dan memantapkan (bagi yang biasa) persembahan pengucapan awam anda.

4. Peluang secara PERCUMA merasai diwawancara secara langsung yang boleh dianggap medan latihan untuk persediaan bila-bila masa ditemubual oleh wartawan kelak.

5. Peluang secara PERCUMA mengabadikan kenangan diwawancara itu dalam rakaman fotografi atau video (dirakam sendiri) untuk dikongsikan dengan para pelanggan anda (dalam blog, laman web, media sosial atau Youtube), keluarga anda (ibu bapa, suami/isteri, anak dan saudara mara) serta kenalan anda (sahabat, teman serumah/sebilik, rakan tempat kerja, jemaah niaga dan sebagainya).

6. Peluang secara PERCUMA rakaman fotografi berkenaan diwar-warkan di Facebook (Klasik Niaga Event) dan blog (http://klasikniagaevent.blogspot.com/) yang mana maklumat perniagaan anda akan ditatapi oleh seluruh dunia melalui internet. Ianya sekaligus dapat mengukuhkan ukhuwah dengan pelanggan atau prospek atau rakan niaga yang berminat dengan produk/perkhidmatan anda melalui platform yang kami sediakan melalui FB dan blog berkenaan.

Cakap kat orang sebelah, “Amacam..?”. . Rugi sangat kan kalau dah menyertai KARNIVAL JUALAN USAHAWAN ONLINE tapi tidak mahu terlibat dalam program ini. Tak nak pun tiada masalah, kurang sikit kerja kami. Kikikikikikih . Ala, gurau pun tak boleh…  



Syful Tamar
Pengerusi KN Event
"Saling Berkongsi Manfaat"

Usahawan Peserta KJUO Disember 2013