November 14, 2014

Dermawan Infak Selipar



Tahniah kepada sekalian dermawan yang sudi menginfak Selipar Refleksologi CONCAVO CONVEX untuk diserahkan bermula malam ini kepada jawatankuasa masjid/surau sekitar Chemor dan Ipoh, bagi kegunaan para jemaah mengambil wudhu' serta memasuki tandas.

Inisiatif ini tercetus selepas kami melihat majoriti sepatu untuk berwudhu' dan juga memasuki tandas surau/masjid adalah kasut kayu dan selipar biasa.

Kasut kayu, bila kerap terkena air mudah reput, lekang pakunya serta permukaan tapak yang tidak stabil. Selipar biasa pula permukaan tapak tidak menyerap licin, malah ada yang automatik licin bila terkena air. Kedua-dua jenis sepatu ini mengundang risiko kecederaan akibat terjatuh ketika digunakan di kawasan berair atau lantai berpermukaan licin.

Insha Allah, infak Selipar Refleksologi CONCAVO CONVEX daripada anda, para dermawan infak, dapat membantu mengurangkan semaksima mungkin risiko kecederaan akibat jatuh, disamping menambah nilai kesihatan para jemaah surau/masjid, dalam pemakaian selipar refleksologi ini yang menyentuh titik-titik penting organ badan di tapak kaki.

Nilai infak anda tidaklah tinggi, hanya RM15 sahaja. Tapi Insha Allah, ianya sangat bernilai tinggi semasa pertimbangan di neraca 'perhimpunan besar' kelak.

Doakan kami sihat walafiat untuk menunaikan tanggungjawab dalam menyampaikan amanah anda kepada penerima manfaat infak tersebut. 

 
KN Event (KNE)
"Saling Berkongsi Manfaat"

KNE : Oh ya! Perlaksanaan infak pertama telah ditutup. Kami hanya menawarkan 22 pasang sahaja bagi kempen permulaan yang di'viral'kan sejak pagi tadi di WhatsApp.