Subhanallah.. Ramai pula yang bertanya melalui inbox FB dan WhatsApp - misi 2 lokasi Infaq Selipar Refleksologi CONCAVO CONVEX di Kuala Kangsar (Masjid Hidayatul Ummah, Kota Lama Kiri dan Surau Kampung Kolam) masihkah ada kekosongan kuota untuk libat rasa infaq sama..?
Ini disebabkan penyerahan selipar belum dipaparkan dalam page FB dan blog ini.
Jadi, kami umumkan di sini, 47 kuota yang ada untuk misi 2 lokasi infaq kali ini, telah sedia diisi.
Penyerahan belum terlaksana kerana terdapat 21 kuota masih belum diletakkan penama oleh sebuah entiti perniagaan yang berakad infaq. Tidak boleh diganti kepada pihak yang bertanya kerana 21 kuota yang ditempah itu telah sedia dibayar.
Kami jangka hari ini dapat dilengkapi penama 21 kuota tersebut. Minggu hadapan boleh dibuat penyerahan. 😃
Kami akan maklumi semula individu yang bertanya melalui inbox FB dan WhatsApp apabila misi infaq yang baru kembali dibuka. Harap maklum dan terima kasih. 😃
KNE : Mengapa peri pentingnya diletakkan penama sehingga berlaku penangguhan penyerahan..? Kami kupaskan perihal tersebut pada pautanhttp://klasikniagaevent.blogspot.com/…/penama-misi-infaq.ht
No comments:
Post a Comment