August 11, 2015

10 Kuota Berbaki


Sehingga jam 11.00 malam tadi, sudah terkumpul sebanyak 40 pasang selipar refleksologi CONCAVO CONVEX daripada 50 pasang yang diperlukan bagi “Misi Infaq Selipar Refleksologi CONCAVO CONVEX Ke-15”. Penerima Manfaat pada kali ke-15 ini adalah Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh. Kami ada nukilkan perincian info perihal berkenaan pada pautan http://klasikniagaevent.blogspot.com/2015/08/misi-infaq-selipar-ke-15-masjid-sultan.html.

Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kami titipkan buat sekalian dermawan infaq yang turut serta pada misi kali ini. Penyertaan daripada anda yang lain juga sangat-sangat diraikan, samada anda pernah menyertai misi-misi sebelum ini mahupun masih belum pernah menyertai mana-mana misi. Cuma berbaki 10 kuota sahaja lagi bagi melengkapkan sasaran 50 kuota penyerahan yang bakal dilaksanakan pada 15 Ogos 2015.

KN Event (KNE)
SALING BERKONGSI MANFAAT
http://klasikniagaevent.blogspot.com/

KNE : Moga setiap daripada kita yang menekuni post ini samada sehingga habis mahupun sekadar satu baris ayat pemula, sentiasa dinaungi rahmat Allah dalam kerja-kerja kebaikan dan kebajikan kita masing-masing. In Shaa Allah. smile emoticon
 — feeling motivated atPOKOK KURMA 'Made In Malaysia'.

No comments:

Post a Comment