August 06, 2015

Misi Infaq Selipar Ke-15 : Masjid Sultan Azlan Shah


Masjid Sultan Azlan Shah di Jalan Raja Musa Mahadi (Jalan Diary), Ipoh terletak bersebelahan Institut Tadbiran Islam (INTIM) Perak dan berhadapan dengan Politeknik Ungku Omar (PUO).

Masjid Sultan Azlan Shah merupakan Penerima Manfaat bagi Misi Infaq Selipar CONCAVO CONVEX Ke-15. Tarikh serahan sumbangan adalah pada 15 Ogos 2015.

Menurut Imam Besar, Ustaz Syed Mohd Muzaffar Bin Syed Azlan, masjid tersebut adalah antara masjid yang sangat aktif di Ipoh dengan aktiviti keagamaan saban hari. Memagneti kehadiran ramai khairiah setempat dan dari luar untuk sama-sama mendirikan solat fardhu berjemaah serta hadir bertalaqi dalam setiap majlis ilmu yang dianjurkan.

Justeru, hasil perbincangan dengan Imam Besar, kami putuskan sumbangan infaq di masjid tersebut adalah sebanyak 50 pasang Selipar Refleksologi CONCAVO CONVEX.

Moga sumbangan sebanyak itu, mampu menampung kemanfaatan penggunaan selipar itu kepada para jemaah masjid.

Oleh itu, kini dibuka kepada sekalian anda, tawaran untuk turut serta dalam misi kali ini di masjid berkenaan. Hanya RM15 sahaja sepasang bagi pelaburan 'saham akhirat' anda. Tunaikan 'dividennya di sana' kelak ya. ðŸ˜ƒ

KN Event (KNE)
SALING BERKONGSI MANFAAT
http://klasikniagaevent.blogspot.com/

KNE : Diingatkan agar diletakkan penama dalam infaq tu ya. Kami nukilkan kepentingan meletakkan penama infaq pada pautan http://klasikniagaevent.blogspot.com/2015/06/penama-misi-infaq.html.
 — feeling energized.

No comments:

Post a Comment