July 16, 2015

Misi Infaq Ke-11 : Surau Ikhsaniah


12 Julai 2015- Berlaku sedikit situasi ketika penyerahan Misi Infaq Selipar Refleksologi CONCAVO CONVEX Ke-11 di Surau Ikhsaniah, RPA 4, Kuala Kangsar.

Situasi yang mana Pengerusi surau tersebut, Tuan Haji Nasarudin Bin Mohd Yusop (berkopiah) baru sahaja kerosakan cop rasmi perjawatan surau. Cop baru yang ditempah belum lagi siap.

Jadi, buat ketika ini, ruangan cop rasmi deklarasi penyerahan masih kosong lagi. Kena tunggu cop Pengerusi siaplah..! smile emoticon

Walaubagaimanapun, Pengerusi dan jawatankuasa serta khairiah surau bakal meraikan sekalian penama infaq di bawah, dengan tatacara yang dipersetujui seperti dalam pautan http://klasikniagaevent.blogspot.com/2015/06/penama-misi-infaq.html.

1. Allahyarham Md Noor Bin Ismail
2. Allahyarhamah Noor Ain Binti Md Noor
3. Allahyarham Raja Mohamad Bin Raja Shahabudin
4. Allahyarham Ibrahim Bin Haji Asinar
5. Allahyarhamah Hajjah Habsah Bin Haji Mohd
6. Allahyarham Hassan Bin Haji Jusoh
7. Allahyarhamah Rogayah
8. Allahyarham Kamaruddin Bin Mat Dani
9. Che Noor Mah Binti Hassan
10. Zakaria Bin Kamaruddin
11. Izzat Danish Bin Rozlan

In Shaa Allah, pemakaian 11 pasang selipar infaq berkenaan mendatangkan manfaat dari segi keselamatan dan kesihatan kepada khairiah surau.

Manakala 11 penama tersebut mendapat keuntungan dari sudut congakan berat di neraca amal baik dalam 'perhimpunan mega' kelak. In Shaa Allah. smile emoticon

KN Event (KNE)
SALING BERKONGSI MANFAAT
http://klasikniagaevent.blogspot.com/

KNE : Terima kasih Tuan Atan Gwiyomi (bertopi), empunya empayar BIT BRM yang juga khairiah Surau Ikhsaniah, sukarela menjadi pemandu arah kami sehingga selesai misi penyerahan. smile emoticon
 — feeling Syukur at RPA 4 Jalan Baru, Kuala Kangsar.

No comments:

Post a Comment