July 18, 2015

Misi Penutup Ramadhan : Surau Al-Hidayah


15 Julai 2015 - Lokasi penutup Misi Infaq Selipar Refleksologi CONCAVO CONVEX sempena Ramadhan 1436 H adalah Surau Al-Hidayah, RPT Chepor, Chemor.

Terima kasih tiada sudah kepada Tuan Shahrul Izan, empunya empayar ALAM HIJJAZ CERAMIC, yang memimpin kami sehingga tiba ke lokasi. 👍

Misi ke-8 sempena Ramadhan dan ke-13 secara keseluruhan ini yang membawa amanah 20 pasang selipar refleksologi daripada 20 penama infaq seperti dibawah, berjaya dilaksanakan pada waktu Dhuha.

1. Allahyarham Md Noor Bin Ismail
2. Allahyarhamah Noor Ain Binti Md Noor
3. Allahyarham Haji Hashim Bin Abu
4. Allahyarhamah Hajjah Habibah Binti Haji Abdul Hamid
5. Kamaruddin Bin Kassim
6. Normah Binti Muhammad Ali
7. Allahyarham Wan Mohammad Nor Bin Wan Omar
8. Allahyarham Haji Mohamad Bin Abdul Rahman
9. Allahyarhamah Zainol Binti Mohamad
10. Allahyarham Ibrahim Bin Choh
11. Allahyarham Hasan Bin Haji Ismail
12. Allahyarhamah Fatimah Nachar Binti Aman Shah
13. Allahyarhamah Intan Fazlin Binti Hasan
14. Allahyarhamah Intan Norliza Binti Hasan
15. Allahyarhamah Farah Azrin Binti Hasan
16. Allahyarham Mohd Hafiz Bin Hasan
17. Allahyarham Mohd Fauzi Bin Aziz
18. Allahyarham Mohd Zuhairi Bin Mohd Fauzi
19. Edy Rahmat Bin Hasan
20. Jamilah Binti Abu Hasan

Kami mohon sekalian anda yang sudi menekuni post ini, sempena Ramadhan kali ini, sama-samalah kita doakan sekalian dermawan dan penama infaq yang libat rasa dalam misi infaq kudus ini, sejak misi pertama hingga ke-13, dikurniakan keselamatan serta kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Walaupun kudus misi-misi tersebut, apa yang pasti, pahala infaq para dermawan dan selipar tetap bercambah saban hari impak kemanfaatan sumbangan selipar refleksologi kepada khairiah 13 surau serta masjid selaku Penerima Manfaat.

KN Event (KNE)
SALING BERKONGSI MANFAAT
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Sedikit terharu. Tambahan Ramadhan sudah di penghujung. Owh.. 😔
 — feeling thankful.

No comments:

Post a Comment