July 16, 2015

Misi Infaq Ke-8 : Surau Ahmad Khalif


3 Julai 2015 - Curahan hujan lebat penuh rahmat, bermula masuk fardhu Asar hingga hampir setengah jam kemudiannya, menempiaskan cebisan barakah di Taman Klebang Putra, Chemor.
Hujan lebat tersebut seakan-akan mengiringi peristiwa penyerahan 20 pasang selipar refleksologi kepada Surau Ahmad Khalif sempena Misi Infaq Selipar Refleksologi buat kali ke-8.
Diwakili oleh Imam - Tuan Haji Sufian (baju hijau), Muazzin - Tuan Nor Hashim (baju putih) dan Imam Pengganti - Tuan Abd Rahim dalam misi penyerahan tersebut. In Shaa Allah, pihak jawatankuasa dan khairiah surau ini sentiasa mendoakan kesejahteraan serta keselamatan dan meraikan dalam majlis bacaan Yassin akan para penama infaq berikut :
Tahniah dan terima kasih kepada sekalian dermawan infaq atas misi penyerahan tersebut. Moga amal baik sekalian anda di bulan Ramadhan ini bakal menviralkan buakan manfaat baik di dunia ketika ini mahupun di akhirat kelak. smile emoticon

KN Event (KNE)
SALING BERKONGSI MANFAAT
http://klasikniagaevent.blogspot.com
KNE : Penyerahan Misi Infaq ke-9 dan ke-10 bakal bermula Isnin (6 Julai 2015). Moga dipermudah dan diberkati Dia. smile emoticon

No comments:

Post a Comment